Tuesday, September 21, 2010

draft

Baiklah,biar aku memperkenalkan diri aku dulu.nama aku Muhammad Hafiz bin Hatta atau lebih dikenali sebagai 'hafizhatta'.Aku berumur 20 tahun,anak kelahiran wilayah persekutuan..hobi? aku ade beberapa,tapi apa yg aku dapati,aku suka memerhati apa yg berlaku di sekeliling aku dan cuba memahami setiap inci di ruang sekeliling aku.kadang kala aku leka memerhati sampai org yg mendampingi aku atau teman yg sedang bercakap dgn aku pun aku tak sedar.mak aku kata aku ni senang lalai.tapi aku rasa aku bukan lalai.mungkin kerana aku terlalu khusuk memerhati benda-benda yg menarik yg terjadi di sekeliling aku.Bagi aku pancaindera yg telah tuhan kurniakan kepada aku adalah satu anugerah.kadang-kala aku bersantai di balkoni sambil mendongakkan kepala aku ke langit diwaktu malam untuk menikmati keindahan alam semesta.aku boleh tercegat begitu selama 3 ke 4 jam sehingga teman-teman aku pun naik hairan.mereka selalu ingat aku ni suka mengelamun.entahlah,aku rasa seronok bila melihat sinaran cahaya bulan dan bintang di mataku.aku rasa tenang bila mendengar deruan angin di telingaku.kalau di bandaraya,aku memerhati setiap karenah org di sekeliling aku,serta menghayati bunyi-bunyian hasilan jentera.macam-macam benda yg terlintas didalam kotak minda aku.berjuta pertanyaan.selalunya setiap persoalan aku akan dimulakan dengan “kenapa?”

definisi hidup? Selama aku hidup 20 tahun ni dah macam macam variasi definisi hidup yang telah aku dengar namun semuanya tidak lengkap dan tepat apabila diteliti semula.Lalu,aku berfikir sejenak,mungkin itu dah diluar kemampuan minda manusia untuk mencari apa erti hidup,dan mungkin juga definisi hidup itu bersifat individu.Lain orang lain maksud hidup yang mereka berpegang.

baik dan buruk?.Apa yang aku tahu,kalau kita buat sesuatu perkara dan ia membuatkan orang sekeliling kita sedih,ia perkara buruk.dan apabila kita buat sesuatu lalu org di sekeliling kita gembira,ia perkara baik.bagi aku itulah cara aku membedakan perkara baik dan buruk.Jadi untuk menjalani kehidupan yg gembira kita kene lah buat org sekeliling kita gembira.Lagi satu perkara,agama.aku ni seorang penganut agama islam.dalam kalau kita nk cari panduan hidup,dlm kitab al-quran tu penuh dengan catatan mengenai panduan hidup.kalau mcm kita beli telefon bimbit baru dan tak tahu menggunakannya lalu kita rujuk buku panduan telefon bimbit tu.dlm kehidupan kita rujuk kepada al-quran.masalahnya,zaman sekarang ni dah ramai yg mengabaikan bahawa al-quran itu adalah buku panduan yg paling unggul,berkesan,dan sentiasa membawa kita ke jalan kebenaran.mungkin kerana pengaruh budaya luar telah banyak mempengaruhi minda masyarakat kini(termasuklah aku).sebab utamanya adalah media massa,kini 80 peratus dari apa yg terkandung dalam media massa kita berbentuk hiburan yg mengandungi budaya luar.bagi masyarakat moden budaya luar itu lebih menarik lebih “up to date” dari panduan yang telah tercatat sejak dari dulu lagi.bagi masyarakat zaman sekarang “openness” seseorang tu penting.lagi “open” individu tu lagi senang untuk dia diterima dalam masyarakat moden.namun ada juga segelintir masyarakat yang terlalu taksub dengan dgn ajaran islam sehingga mereka tersesat,melencong ke tempat lain.bukan ajaran islam ke arah kebenaran,itu dah terlebih benar dah tu.aku rasa ramai yg tahu mengenai topik ni,Cuma tak ramai yg masih belum mampu mengambil langkah untuk mengubah diri mereka untuk kembali ke jalan kebenaran(termasuklah aku).

Kepuasan dalam menikmati keseronokkan tidak mencukupi?.memang dah jadi lumrah dunia manusia tak akan puas,lagi-lagi kaum hawa.kalau setiap apa yg kita impikan kita dapat,itu bermakna kita ni bukan menapak di atas alam dunia lagi dah,itu syurga namanya.dalam dunia ni mesti ada ketidak sempurnaan.itulah antara faktor yg membuatkan dunia kita menarik.sifat ketidaksempurnaan membuatkan hidup kita sempurna "it keeps our world in balance".berbincang soal ketidak sempurnaan ini aku teringat pasal YING dan YANG.iaitu dua element yg berbeza yg tidak boleh dipisahkan,mewakili jahat dan baik,positif dan negative.setiap insan didunia ini tidak dilahirkan untuk jadi individu sempurna.masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing.kalau dia dilahirkan cantik mesti dia diringi dengan minda yg tak seberapa nk pandai.kalau dia dikurniakan cantik dan bijak mesti diringi dengan keluarga yg kucar kacir dan mengalami masalah kewangan misalnya,dan kalau dia dilahirkan cantik,pandai,keluarga yg baik,kaya raya,mesti di iringi dengan hati yang tak senang  atau masalah cinta,masalah budi pekerti dan lain-lain.apa yg aku cuba nyatakan disini adalah hidup itu adil.kita takkan dapat untuk memiliki segalanya di dunia ini.kalau kita ni “itu” kita kene korbankan “ini”.kalau kita ada “itu” kita tak ada “ini”.jadi bagi aku setiap insan yg ada di muka bumi ini adalah istimewa.masing-masing ada keistimewaan masing-masing.berbangga lah dengan diri anda everyone of you is one in a million”.


No comments:

Post a Comment