Tuesday, August 23, 2011
maksud kebebasan
Kebebasan.satu perkataan luas maksudnya.baru aku tahu kebebasan itu bukanlah satu perkara seringkas ungkapkan.aku pernah bertengkar dengan kedua ibu bapaku kerana keinginan diri ku untuk bebas.budak baru lepas spm lah katakan.aku ingin bebas untuk keluar rumah dgn rakan rakanku.bebas untuk pulang ke rumah pada bila2 masa yg aku mahu.bebas untuk memilih kawan.bebas untuk kemana mana sahaja yang aku suka.lalu tertawa berdekah dekah kedua ibu bapaku apabila ku katakan begitu kepada mereka.along..along tahu ke ape maksud kebebasan along? kata ayahku padaku dengan nada yg lembut.bagi mereka perkataan ‘bebas’ itu tak pernah wujud di dunia ini.perkataan itu hanya akan wujud di syurga kelak.lalu ayahku ceramah lah aku.ye along boleh bebas sekarang kalau maksud kebebasan yang along mahukan itu adalah kebebasan untuk ‘enjoy’ melampau lampau dengan kawan kawan along tapi along kene ingat.kalau itu pilihan yang along mahukan.ayah tak rasa yang along ada kebebasan untuk beli kereta sport yang along minat kelak.along tak ada kebebasan untuk membeli rumah cantik yang along idamkan kelak.along tak ada kebebasan untuk shopping baju baju along kelak.baju along bukan murah murah tau along.nak yg mahal mahal.along tak ada kebebasan untuk melancong ke negara org macam mana ibu dan ayah bawa along dengan adik adik hari ni.dan along tak akan ada kebebasan untuk untuk berbelanja macam mana ibu dan ayah berbelanja hari ni.kebebasan di dunia memerlukan pengorbanan along.bukan sesenang yg along sangka.tanpa pengorbanan maka tiada kebebasan.so along pilih lah along nk bebas sekarang ke along nk bebas kelak.ianya hampir mustahil untuk along dapatkan kedua duanya along.ayah tak kesah mana yg along pilih.tapi ayah hanya nak along tahu apa kesan dan akibatnya kalau along mahu pilih untuk bebas sekarang.sekarang ayah bagi kebebasan untuk along buat pilihan hidup along kata ayahku sambil tersenyum kepadaku.selepas perkara ni terjadi aku banyak berfikir pasal maksud kebebasan dan makin lama aku fikirkan pasal bende ni makin dalam aku fikirkan pasal kebebasan,kepercayaan aku terhadap kebebasan asli semakin pudar.bagi aku.aku setuju dgn ayah aku.kebebasan yg asli tak pernah wujud di dunia.ia hanya akan wujud di syurga kelak.kerana maksud kebebasan yg kita berpegang pada hari ni ada kesan balas dan akibat.kita hanya ada kebebasan untuk memilih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment